ISI KANDUNGAN
Majalah online kami mengandungi:
Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. yang bermaksud:
“Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya aidilfitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita.”
Sebuah kisah yang telah diriwayatkan berdasarkan sebuah hadis Rasulullah SAW boleh dijadikan teladan mengenai penyebaran fitnah.
Perbualan antara Rasulullah SAW dengan seorng sahabat, Rasulullah SAW ditanya, “Wahai Rasululluh, apakah itu ghibah?” Lalu jawab Baginda , “menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di berlakngnya!” Kemudian Baginda ditanya lagi, “bagaimana sekiranya apa yang disebut itu benar?” jawab Baginda, “ Kalau sekiranya apa yang disebut benar, maka itulah ghibah, tetapi jika perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)”
(Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan