Sabtu, 18 Mac 2017

KONSEP KEJIRANAN





Definisi: Dari segi bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada bahasa Arab yang membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga.
Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara. Jiran juga bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu. Hal ini sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu :

 Maksudnya : “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”

Berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w menunjukkan bahawa walaupun jarak daripada rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai jiran tetangga. Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas, jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita.


Tahukah anda apakah akhlak terhadap jiran antara Muslim dengan bukan Muslim? Akhlak yang perlu dijaga terhadap jiran bukan Muslim adalah seperti menghormati jiran dan pengamalan mereka (kehidupan mereka) selagi tidak membawa mudarat. Selain itu, seseorang itu patutlah tidak menyinggung perasaan jiran dan memelihara keamanan dengan jiran. Sebagai jiran, kita haruslah menjaga rahsia dan memelihara kepentingan mereka serta tidak berlaku khianat terhadapnya. Kita haruslah membantu dan menolong mereka apabila berada dalam kesusahan.Di samping itu, seseorang haruslah memberikan layanan baik dan kasih saying serta akhlak yang baik dalam muamalah dengan mereka.


Terdapat beberapa hak-hak kejiranan yang telah dinyatakan oleh Nabi dalam hadisnya, antaranya adalah jika ia meminta tolong kepadamu, engkau akan menolongnya, jika ia minta pinjaman, engkau akan memberikan pinjaman kepadanya, jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya dan jika ia sakit, engkau akan menziarahinya. Tambahan pula, dalam hadis juga ternyata bahawa jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya, jika ia ditimpa bahaya, engkau turut sedih bersamanya, jika ia meninggal dunia, engkau turut menghantar jenazahnya dan jika engkau beli buah-buahan, berikan sedikit kepadanya.






ADAB BERJIRAN

1. Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui usaha kenal-mengenal dan hormat menghormati antara satu sama lain. Antara caranya dengan memulakan salam jika bertemu dengan sesama Muslim atau ucapan penghormatan yang baik jika bertemu dengan bukan Muslim.Sentiasa bertoleransi samada yang melibatkan urusan keagamaan,adat resam, budaya, cara hidup dan lain-lain lagi.

2. Tidak menyakiti mereka samada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaanburuk.Jiran yang jahat dan tidak berakhlak digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah dirasuk syaitan sehingga tergamak melakukan kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada insan lain.

3. Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan menghormati mereka sebagai manusia

4.  Sentiasa merendahkan diri dan berlemah-lembut dengan mereka dan mengelak diri dari bersikap takbur.  

5.  Sentiasa bersedia memberikan sebarang bentuk bantuan dan pertolongan yang diperlukan

6. Menyayangi mereka seperti mana kita menyayangi diri kita sendiri. Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa berusaha untuk melakukan perkara yang menjadi kesukaan mereka, selagi tidak bertentangan dengan syariat agama dan sama-sama berusaha menghindarkan perkara-perkara yang mereka tidak sukai.  
7.  Sentiasa mengambil berat dan bersimpati terhadap segala permasalahan yang sedang mereka hadapi sama ada yang berkaitan dengan masalah keagamaan, kekeluargaan atau rumah tangga, kejiwaan, kesihatan,pelajaran, , kewangan, makan-minum, dan sebagainya. Sentiasa mempamerkan akhlak yang mulia sesama jiran sehingga akhirnya melahirkan perhubungan kejiranan yang lebih mesra dan lebih akrab.
  
8.  Tidak memandang rendah dan saling menghina sesama jiran, sebaliknya hendaklah sentiasa hormat menghormati dan harga-menghargai,termasuklah menghargai dan berterima kasih terhadap apa jua pemberian,khidmat dan pertolongan yang diberikan.
  
9. Mengutamakan jiran yang terdekat rumahnya dengan rumah kita.Penetapan jiran terdekat ialah 40 buah rumah yang berada di sekeliling rumah kita, sama ada di kiri, kanan, hadapan dan belakang. Terdapat tiga kategori jiran :  

1.               Jiran muslim yang ada hubungan kekeluargaan, mereka mempunyai tiga hak iaitu sebagai jiran, keluarga dan seorang Muslim.
2.               Jiran Muslim yang mempunyai dua hak, iaitu hak jiran dan hak seorang Muslim.
3.               Jiran bukan Islam, yang mempunyai satu hak iaitu hak jiran.

10. Sentiasa berusaha mewujudkan suasana aman, damai, tenteram, sejahtera dan ceria dalam kehidupan berjiran. Faktor inilah juga yang menyebabkan Rasulullah SAW menyatakan bahawa antara rukun-rukun kebahagiaan ialah ‘jiran yang baik’.

11. Sentiasa memelihara diri agar tidak melakukan sebarang kesalahan dan kerosakan serta mencemar maruah dan diri jiran, termasuklah terhadap isterinya,anak-anaknya, harta bendanya dan lain-lain lagi.
  
 12. Elakkan sikap terlalu suka mengambil tahu hal ehwal peribadi dan keluarganya, kecuali setelah mereka sendiri mengadu untuk mendapatkan bantuan kita untuk menyelesaikannya.
  
 13. Bantulah mereka apabila mereka ditimpa kesusahan dan mala petaka,agar hati mereka menjadi tenang dan tenteram.
  
 14. Rasakan kesusahan jiran seperti kesusahan yang kita tanggung sendiri dan zahirkan kegembiraan ketika mereka bergembira, sama ada ketika mendapat rumah baru, perabut baru, kelahiran anak baru, mendapat menantu dan sebagainya.  

 15. Elakkan dari memerhatikan barangan atau apa sahaja yang dibeli atau yang dibawa pulang ke rumahnya.  
16. Tidak cuai untuk menyeru mereka kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran dengan cara yang paling berhikmah

 17. Sentiasa bersabar di atas segala perlakuan buruk yang dilakukan oleh jiran, sebaik-baiknya kita hendaklah sentiasa bersedia untuk memaafkan segala kesalahan dan kesilapan dan tidak membalas segala kejahatan tersebut, sebaliknya membalasnya dengan kebaikan.  

 18. Jangan mudah terpengaruh dengan fitnah atau umpatan orang lain terhadap diri mereka.  

19. Menziarahi mereka ketika mereka sedang sakit.  

 20. Mengurus jenazah mereka setelah mereka meninggal dunia.  

 21. Tidak menghebahkan segala kesalahan, keaiban dan kesilapan jiran.  

 22. Memberikan segala bentuk bantuan yang mereka perlukan.  

 23. Berlemah-lembut dengan anak-anaknya jiran.  

 24. Menjaga keselamatan rumah atau anak-anak mereka, ketika mereka tiada di rumah.  

 25. Mengucapkan tahniah ketika terjadi peristiwa tertentu, terutama ketika mereka memperolehi kebaikan dan kurniaan dari Allah.  

  26. Mengucapkan takziah ketika mereka ditimpa malapetaka dan bencana.  

 27. Tidak membina bangunan yang tinggi sehingga menutup laluan angin ke dalam rumahnya, kecuali setelah mendapat restu dan izin darinya.Jangan menyusahkan mereka, seperti meletakkan sesuatu yang boleh menghalang laluan ke rumah mereka.  

 28. Tidak menyakiti mereka melalui bauan enak dari masakan yang kita masak dari rumah kita. Digalakkan agar kita memberikan sedikit daripada masakan tersebut untuk mereka nikmati.  

 29. Menghadiahkan mereka dengan buah tangan yang kita beli.  

 30. Sentiasa mendoakan keselamatan dan kebahagian jiran  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

About

Majalah Cahaya merupakan laman majalah tentang Hubungan Sesama Manusia dan isu- isu Kontemporari. Utama laman ini adalah memberikan informasi untuk masyarakat menggunakan maklumat berdasarkan laman ini untuk menambah wawasan hidup