BATAS-BATAS PERGAULAN
PENGENALAN
Pergaulan merupakan proses sosialisasi antaran sesama manusia. Menurut Islam telah menetapkan peraturan pergaulan antara sesame manusia antara lelaki dengan perempuan. Hukum asal pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi (harus nikah) adalah haram.
Namun demikian, pengharaman ini tidak didasarkan kepada nas yang sarih kerana tiada nas sarih mengenai kes ini. Dari Islam juga terdapat tiga peringkat dalam memulakan pergaulan iaitu Peringkat berkenalan.
Taaruf menurut Islam adalah berkenalan yang membawa maksud peringkat yang membantu kita untuk saling kenal mengenalidalam memulakan sesuatu hubungan. Dengan cara ini dapat mengenali seseorg melalui sifat, bangsa, agama, kegemaran dan kedudukan yang ada pada diri seseorang.
PERINGKAT BATAS PERGAULAN
Peringkat memahami merupakan Tafahum atau peringkat memahami adalah peringkat kedua selepas berkenalan. Pada peringkat ini, kita dapat memahami dengan lebih mendalam tentang mereka yang berhubungan dengan kita. Apabila memahami latar belakang, akhlak dan sifat seseorang maka lebih mudah untuk memahami dan menentukan orang untuk berteman.
Sekiranya seseorang bergaul dengan orang- orang yang akhlak yang baik maka mendapat tembias kebaiakan mereka. Namun jika bergaul dengan orang- orang yang buruk akhlaknya maka keburukan mereka ada juga pada diri seseorang.
Manakala peringkat tolong- menolong Taawun adalah peringkat pergaulan yang terjalin daripada hubungan yang akrab. Tetapi, sekiranya melakukan tindakandalam pergaulan antaran sesame manusia atau Islam haruslah bertepatan dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
CARA BERPAKAIAN MENGIKUT ISLAM
Pergaulan dalam Islam telah menerangkan bahawa seseorang tidak dapat lari dari aurat bagi lelaki dan wanita. Aurat dari bahasa Arab iaitu “Aurah’’ yang bermaksud keaiban. Dari sudut fiqah, aurat merujuk bahagian tubuh yang wajib dilindungi daripada pandangan. Menurut surah al-A’raf ayat ke-26 telah memberitahu supaya menutup aurat.
1. Aurat dan Pakaian Lelaki
Jumhur Fuqaha daripada al-Syafi’iyyah, al- Malikiyah dan al- Hanabilah berpendapat bahawa aurat bagi lelaki adalah antara pusat hingga ke lutut. Namun demikian, lelaki ialah wajib menutup anggota yang terdekat dengan pusat dan lutut supaya “aurat” yang wajib itu dapat dijaga dengan sempurna.
Pakain lelaki hendaklah longgar dan sehingga tidak menampakkan apa-apa yang hendak dilindungi. Selain itu, pakaian lelaki tidak boleh menyerupai pakaian wanita dan tidak menyerupai pakaian orang- orang kafir. Tujuan berpakaian bukanlah untuk tujuan kebanggaan mencari kemasyhuran tetapi menurut syariat Islam.
2. Aurat dan Pakaian Wanita
Ulama Muslimin berpendapat bahawa aurat bagi wanita ialah keseluruhan badan selain muka dan kedua- dua tapak tangannya.
Manakal pakaian wanita hendaklah berpakaian yang menutup semua anggota badan kecuali bahagian muka dan tapak tangan seperti yang dibenarkan dalam Islam. Pakaian wanita mestilah longgar supaya tidak menampakkan warna kulit dan tidak bersifat menarik perhatian dan syahwat kaum lelaki. Pakaian wanita juga tidak boleh menyerupai pakaian lelaki dan tidak menyerupai pakaian orang- orang kafir. Tujuan berpakaian adalah untuk menutup aurat seperti yang disyariatkan dalam Islam.
Adab dan Batas Pergaulan
Adap dan batas pergaulan yang diperintahkan oleh Allah SWT bertujuan mengekang atau menghalang pergaulan serong hamba- hambaNya dalam pergaulan antara lelaki dengan perempuan. Dalam ajaran Islam dimana jua tempat seperti tempat kerja, kenderaan awam, membeli belah dan sebagainya aka nada adab pergaulan. Antaranya memelihara pandangan, menutup aurat secara sempurna, mengawal perhiasan, menghindari tempat yang tidak baik, menjaga perkataan dan mengawal perbualan dan tidak berdua- duaan antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram.
Kesan Buruk yang Timbul daripada Pegaulan Bebas
Antara kesan apabila bertentangan dengan syariat Allah SWT dalam kehidupan kita adalah seperti berikut:-
Merosakkan jiwa dan akhlak salah satu akhlak yang buruk. Seseorang yang berkelakuan buruk ketika bergaul akan menyebabkan hati menjadi hitam dengan dosa-dosa yang ditanggungnya. Perbuatan maksiat menyebabkan seseorang sukar untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Oleh itu, untuk menghilangkan kotoran zina ini harus bertaubat memohon keampunanNya dan sentiasa mengingati Allah SWT.
Menyubur perzinaan adalah pergaualan bebas tanpa sebarang ikatan dan batasan akan menjadi punca kepada perbuatan zina dalam kalangan manusia. Oleh itu, sebagai seorang muslim diperintahkan untuk menundukkan pandangan supaya nafsu serta keinginan dapat dikawal. Syaitan sentiasa berusaha agar manusia sentiasa membuat dosa dan maksiat.
Setiap perbuatan yang mencaggah dengan hukum Allah SWT akan membawa keburukan serta merosakkan maruah diri, masyarakat dan negara. Tanpa maruah, seseorang itu tidak akan dihormati dan hilang harga diri dan masyarakat dan Negara turut menerima kesan daripada pergaulan bebas.
Setiap orang yang melanggar perintah Allah SWT akan membawa kepada kemurkaan Allah SWT.Kehidupan yang sentiasa dalam keresahan, tidak tenang dan tidak ada ketenangan jiwa akibat dari dosanya sendiri.
ISU PERGAULAN BEBAS BERLAKU DI MALAYSIA
LANGKAH MENGATASI BATAS- BATAS PERGAULAN
Pegangan agama yang kukuh dari sejak kecil lagi dapat melahirkan insan yang sempurna.oleh itu,ibu bapa haruslah memastikan bahawa anak – anaknya mendapat didikan agama yang sempurna.contohnya ibu bapa menghantarkan anak – anak mereka untuk membelajari kitab – kitab agama masing – masing .Hal ini, dapat remaja yang akan datang dapat menyindari dirinya daripada gejala – gejala negatif.
Pemerhatian ibu bapa terhadap anak- anak mereka adalah amat penting sebab kekurangan pemerhatian ibu bapa menyebabkan anak – anak mereka mudah terpengaruh dengan gejala – gejala negatif.Oleh itu, ibu bapa haruslah meluangkan masa dengan anak – anak mereka supaya ibu bapa dapat memahami perasaan anak – anak mereka dan hal ini dapat ibu bapa menyelesaikan masalah anak – anak mereka.Contohnya ibu bapa menyediakan bahan keperluan pendidikan anak –anak mereka.
Kebanyakkan pelajar mudah terpengaruh dengan gejala – gejala negatif seperti pergaulan bebas kerana mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibu bapa yang gagal menjalankan tanggungjawabnya.Oleh itu,kegagalan memilik rakan mudah akan pelajar – pelajar baik juga mudah terpengaruh dengan gejala negatif.
Peranan media massa juga amat penting sebagai salah satu langkah membanteraskan gejala pergaulan bebas ini.Oleh itu,media massa haruslah menghiburkan tentang keburukan gejala pergaulan bebas.Lantaran itu,masyarakat akan sedar tentang keburukan gejala pergaulan bebas ini.Gejala pergaulan bebas dapat dikurangkan dengan sedikit demi sedikit dalam kalangan masyarakat kita.
KESIMPULAN
Berdasarkan penjelasan diatas kita dapat menyimpulkan beberapa hal antara lain adalah Islam adalah agama yang sempurna yang di dalamnya pula mengajar mengenai akhlak yang betul menurut Islam dala mbergaul dengan baik yang diberkahi oleh Allah SWT.
Hidup itu pilihan yang akan menimbulkan sebab Dn akibat yang terjadi apabila kita memilih suatu pilihan seperti halnya pilihan apakah kita akan memilih dan menetapkan pergaulan yang sesuai dengan ajaran yang berkembang teknologi masa kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan