Sabtu, 18 Mac 2017

KEPERIHATINAN SOSIAL



Menurut aspek agama, Islam ialah agama yang mementingkan perpaduan dan hubungan baik antara manusia. Pada peringkat awal dalam sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW, Baginda telah meletakkan perpaduan sebagai asas dalam pembentukan masyarakat.

Aspek bahasa menyatakan bahawa keunggulan berbahasa telah diajar oleh Rasulullah SAW, di mana Baginda menjelaskan bahawa sesuatu komunikasi bergantung  kepada makna terhadap kata-kata yang diucapkan. Kata-kata yang keluar daripada mulut seseorang tidak terkecuali untuk dihisap atau dikira oleh Allah SWT. Justeru itu, setiap ucapan mempunyai kesannya. Oleh itu, lidah perlulah dijaga supaya tidak mendatangkan keburukan dalam hidup bermasyarakat.

Aspek adat resam mengatakan bahawa ketinggian peribadi dan keunggulan masyarakat bergantung kepada keupayaan mereka menghormati orang lain serta budaya mereka. Insan yang terhormat ialah orang yang menghormati adat resam dan kesopanan dalam kehidupan bermasyarakat, kepercayaan, tradisi dan adat istiadat orang lain.


Apek pakaian juga memainkan peranan penting dalam topik keprihatinan sosial.  Antaranya, lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian daripada sutera. Pakaian tidak melebihi buku lali. Pada dasarnya, larangan ini adalah kerana menghindar daripada perasaan takbur dan riak.  Khusus bagi wanita hendaklah menutup tumitnya atau melabuhkan pakaiannya. Digalakkan memakai pakaian berwarna putih kerana kelihatan bersih, namun seseorang itu masih boleh memakai pakaian yang berwarna lain. Perkara yang paling penting ialah menutup aurat serta menjaga kebersihan. Akhir sekali, lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian wanita dan begitu juga sebaliknya.

Aspek Kegiatan Ekonomi
Antara etika dan adab perniagaan atau bermuamalah dalam Islam adalah seperti perniaga atau pengusaha perlu beriman, bertakwa, memiliki ilmu dan kemahiran dalam bidang yang diceburi, amanah dan dedikasi. Bahan perniagaan mestilah baik, halal, berkualiti dan mendatangkan manfaat. Mengurus perniagaan secara adil, jujur dan mengikut syariat Islam dan sumber kewangaan yang halal. Tujuan perniagaan atau bermuamalah adalah untuk mendapat keuntungan, meletakkan kepuasan pelanggan sebagai tujuan utama dan untuk peningkatan modal. Matlamat perniagaan adalh untuk membina masyarakat bahagian dan diredai Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

About

Majalah Cahaya merupakan laman majalah tentang Hubungan Sesama Manusia dan isu- isu Kontemporari. Utama laman ini adalah memberikan informasi untuk masyarakat menggunakan maklumat berdasarkan laman ini untuk menambah wawasan hidup