Sabtu, 18 Mac 2017

INTEGRASI BUDAYA DALAM PERAYAAN






Malaysia ialah sebuah Negara yang dihuni oleh pelbagai kaum, budaya dan cara hidup yang berbeza. Menurut Abdul Aziz(2000), kebudayaan ialah himpunan kekayaan jasmaniah dan rohaniah yang dicipta oleh manusia sebagai cara hidup. Menurut Che Bakar(2007) antara perkara asas iaitu kemesraan komunikasi. Komunikasi terhasil melalui ucapan salam, bertegur sapa, memberi senyuman, sifat lemah lembut, penyayang dan memberikan sepenuh perhatian ketika bercakap.

Budaya ziarah- menziarahi atau kunjung- mengunjungi dapat menwujudkan hubungan yang mesra antara kaum atau bangsa. Namun begitu, beberapa perkara harus diberikan perhatian seperti mendapat keizinan daripada salam, rumah kawan yang hendak diziarahi, mendapat keizinan daripada tuan rumah dan setiap kehadiran ke rumah tidak ada mendapatkan kesulitan bagi mereka.

Budaya mengambil tahu sesame ahli masyarakt adalah sesuatu yang dituntut oleh Islam. Budaya ini bertujuan mencari keburukan atau menjaga tepi kain orang tetapi prihatin yang berlaku di sekeliling. Amalan tolong- menolong adalah contoh terbaik dalam budaya mengambil tahu apabila bermasyarakatan.

Budaya saling menghormati merupakan amalan yang perlu dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa seta staus seseorang. Al- Quran dengan jelas menggesa supaya mengamalkan perkara ini seperti di dalam surah al- Isna’ ayat ke-70. Apabila menghormati diri terbentuk budaya salaing menghormati serta masyarakat dapat bersatu-padu dan harmoni.

Budaya mahabbah atau saling berkasih saying menyebabkan seseorang itu berusaha memelihara diri keluarga dan masyarakat daripada ditimpa bencana atau mala petaka. Kasih saying menurut islam boleh menghilangkan perasaan seperti benci, hasad dengki dan permusuhan sehingga membentuk perpaduaan dalam kalangan masyarakat.


PERAYAAN BERBUDAYA DI MALAYSIA



Sama ada baik atau buruk, hakikatnya Malaysia sudah menjadi pilihan destinasi warga asing; pilihan yang perlu dilalui dalam proses globalisasi dan pergerakan manusia sejagat. Kepelbagaian yang wujud di negara ini merupakan satu kelebihan yang masih menjadi satu tradisi kesinambungan dalam kalangan rakyatnya. Keyakinan terbina kerana adanya ruang untuk menerokai limpahan sumber terhad dan yang membuka ruang ini adalah kesepaduan kestabilan yang lahir dari perpaduan dalam kepelbagaian.
Kepelbagaian bukan sahaja dari kepercayaan, keturunan, agama, etnik dan warna kulit mahupun sebarang latar belakang tetapi kebudayaan yang bermacam-macam juga menjadikan Malaysia seringkali dicemburui dan diiktiraf sebagai yang kompleks, rencam dan majmuk.
Dalam kebanyakan negara, ia menjadi satu liabiliti dengan permusuhan yang berlarutan sehingga membawa konflik dan peperangan sedangkan di Malaysia kepelbagaian adalah kekuatan dan ia juga dimuatkan dengan usaha berterusan berinteraksi, integrasi memupuk semangat persahabatan dan ukhuwah; ia berlaku di istana, Seri Perdana, rumah pembesar negeri dan rumah sendiri.
Nilai kebudayaan ini termasuk menyambut perayaan yang pelbagai seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Gawai dan pelbagai lagi. Uniknya ia menjadi sambutan semua menandakan semaraknya nilai kemuafakatan, perpaduan dan keharmonian; simbol integrasi.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini banyak memuatkan mesej bertemakan 'perpaduan'. Malahan dalam khutbah raya di Masjid Negara, elemen ini turut diberikan keutamaan. Bukan sekadar perpaduan ummah, tetapi perpaduan yang menjadi teras untuk meraikan kepelbagaian negara ini, yakni perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang etnik negara ini.
Hari Raya Aidilfitri memberi gambaran bagaimana perpaduan dalam perayaan memberi impak kepada semangat hubungan antara etnik negara ini. Di setiap pelosok negara, setiap rumah terbuka dibanjiri dengan masyarakat pelbagai peribadi dan personaliti. Beratur panjang yang barangkali mengambil masa berjam lamanya bukan satu rungutan tetapi kesyukuran bertemu dengan pemimpin dan sahabat serta personaliti profil tinggi memberikan satu kepuasan.
Perayaan dapat terus disambut sebegini kerana adanya kestabilan dan asas sebenar kepada hubungan antara etnik adalah kestabilan dalam negara yang membolehkan masyarakat hidup muhibbah dan rukun walaupun berhadapan dengan beberapa cabaran terutama dalam konteks mempertahankan apa yang sudah kita miliki selama ini. Dalam ada negara yang bergelut mencari keamanan, Malaysia gah dan boleh mengamalkan konsep 'ziarah' dan 'kunjung' serta 'lawat'.
Keamanan datang dari kestabilan. Tanpa ada kepimpinan yang mempertahankan nilai keamanan, maka Malaysia juga akan mempunyai kecenderungan menjadi 'padang jarak, padang tekukur' akibat manipulasi nilai keamanan, perpaduan dan muhibbah yang adakalanya ramai terlepas pandang mengapa ia perlu terus dipertahankan dari sebarang anasir yang mahu melihat Malaysia sebagaimana negara lain yang berhadapan dengan konflik. Musibah ini mesti dielak atas prinsip kebergantungan antara satu sama lain; hubungan resiprokal yang disuburkan dengan nilai hormat, faham dan menerima di antara satu sama lain.
Tatkala beraya, ada juga segelintir tebal sifat 'keangkuhan' dalam sesetengah warga dan pemimpin yang masih mahu berperang di alam maya sekalipun sewaktu Syawal pertama bilamana di alam sebenar wujud gencatan sekurang-kurangnya sebagai isyarat ada waktu perbalahan terutama dengan nilai politik perlu dihentikan dan menampakkan perdamaian.
Perang di alam maya sewaktu perayaan sewajarnya dijadikan pengajaran kepada yang sudah lama berkecimpung dalam politik. Emosi warga adalah ke atas mood perayaan dan ia boleh mengganggu kepercayaan ke atas sesetengah dari mereka yang cuba mengambil kesempatan untuk meneruskan tradisi kebencian sesama ummah dan dalam kalangan masyarakat secara umum.
Perayaan adalah salah satu penampilan simbolik bagaimana kita boleh mengetepikan perbezaan sesama manusia untuk dijadikan landasan perpaduan. Kewajaran menjadikan perayaan sebagai alat integrasi boleh diperkukuhkan secara berterusan untuk memobilisasi sokongan agar perpaduan sebagai rakyat Malaysia yang bangga dengan amalan ini tidak menjadi propaganda politik oleh pemimpin yang tidak tahu hormati nilai-nilai perkongsian bersama.
Sambutan perayaan di Malaysia mewarnai kepelbagaian yang selama ini sememangnya menjadi asas hubungan antara etnik. Menyemai nilai ini secara berterusan dengan aktiviti dan program 'muafakat' yang membawa gambaran peri-pentingnya ia diteruskan walau zaman silih berganti terutama dalam kalangan generasi muda yang berkemungkinan tidak melihat kepentingan ia diteruskan dengan semakin terhakisnya sifat perkampungan dan pulang ke kampung. Walau hadir di persekitaran berbeza, amalan integrasi melalui perayaan mesti dipertahankan oleh keseluruhan rakyat Malaysia.
Perpaduan memerlukan nilai holistik dalam diri setiap warga yang sedar ia memberikan roh kepada negara-bangsa ini. Andainya perayaan ini boleh dikongsi bersama dan merasakan ada tanggungjawab untuk memainkan peranan dan memberikan makna kepadanya, perayaan sebagai kunci perpaduan tidak perlu dipersoalkan kerana ia juga berjiwa patriotisme dan nasionalis dengan sendirinya berpandukan prinsip dalam Rukunegara dan Perlembagaan yang mempertahankan nilai ini dalam dokumen kebal negara.


HUKUM MEYAMBUT PERAYAAN AGAMA LAIN MENURUT ISLAM



Di Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan pelbagai perayaan disambut pada setiap tahun. Perayaan besar di Malaysia seperti Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, Hari Natal, Hari Gawai dan Perayaan Hari Keamatan di Sabah disambut oleh semua kaum. Menurut konteks Malaysia ucapan selamat yang diberikan oleh umat Islam kepada masyarakat bukan Islam ketika sambutan pelbagai perayaan harus dengan syarat ucapan tidak mengandungi ungkapan- ungkapan syirik atau kufur.


KESIMPULAN

Ini menjelaskan bahawa sesungguhnya pemahaman agama tidak akan lengkap tanpa memahami reality manusia yang pelbagai kaum yang mencerminkan dalam budaya seseorang. Posisi penting manusia dalam Islam seperti menziarahi jiran tertangga.
Dengan demikian pemahaman agama secara keseluruhan tidak akan tercapai tanpa memahami separuh dari agama iaitu manusia. Usaha pembangunan Integrasi budaya adalah perlu kesedaran dari setiap masyarakat berbilang kaum agar setiap perayaan diadakan tidak hilang dan disambut oleh semua kaum.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

About

Majalah Cahaya merupakan laman majalah tentang Hubungan Sesama Manusia dan isu- isu Kontemporari. Utama laman ini adalah memberikan informasi untuk masyarakat menggunakan maklumat berdasarkan laman ini untuk menambah wawasan hidup