HIBURAN MELAMPAU

Pada dasarnya, Islam mengharuskan hiburan kerana hiburan menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia.
Hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh merangsang kepada perbuatan dosa (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).
Oleh itu, beberapa garis panduan tentang hiburan telah dikeluarkan antaranya, pertama ialah program hiburan. Program hiburan tersebut mestilah bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan. Program seperti ini juga perlu diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan orang ramai. Selain itu, dalam melaksanakan program hiburan tersebut perlulah mengambil kira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan ajaran Islam juga tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat dan tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Kedua ialah persembahan muzik. Persembahan muzik ini perlulah tidak menimbulkan gerak-geri liar. Malahan, di dalam persembahan muzik ini tidak perlulah mempunyai unsur yang mendorong kepada perbuatan maksiat dan juga tidak melalaikan.
Ketiga ialah lirik. Jika mengandungi kalimah syahadah dalam bahasa Arab hendaklah disempurnakan. Selain itu, lirik lagu tersebut mestilah tidak mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, perkataan lucah, menggambarkan arak dan memberikan perangsang melakukan dosa dan juga tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan peribadi. Lirik itu juga tidak boleh menjadikan sebagai teks al-Quran. Keempat ialah persembahan artis. Sebagai seorang artis, mereka perlulah berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan. Selain itu, semasa mereka membuat persembahan mereka mestilah berpakaian sopan, kemas serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam. Artis tersebut mestilah tidak melakukan gerak-geri dan perkataan yang boleh menimbulkan perasaan yang mendorong kepada maksiat dan menghina Islam. Malahan, artis tersebut tidak perlulah mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan maksiat atau menghina agama Islam. Yang terakhir ialah gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah. Didalam persembahan tersebut juga tidak boleh berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah. Persembahan itu juga tidak bertujuan pemujaan dan penyembahan.
Di zaman yang terus maju seperti sekarang, makin sulit mendapatkan hiburan yang mendidik di tayangan di mediamassa, hampir semua tayangan hanya mengejar rating tanpa mementingkan kualitas dan kuantitas suatu tayangan. Maka dari itu tugas sebagai orang tua adalah penting untuk memutuskan untuk memberi pededahan yang tepat bagi mendidik anak.
contoh yang kita boleh lihat pada zaman sekarang ialah lelaki dan perempuan bercampur dalam sesebuah konsert ataupun persembahan. Hal ini kerana tiada ataupun buat tidak tahu tentang agama, kerana dalam agama Islam lelaki dan perempuan ada batasnya dalam pergaualan.
Ini juga merupakan hal yang penting kerana hiburan yang lagi trend biasanya jenis hiburan yang sedang banyak dinikmati oleh orang – orang, contoh standup comedy. Akan tetapi kita harus tetap mengawasi keluarga kita kerana jangan sampai mereka tanpa sengaja melihat sesuatu yang salah dari hiburan tersebut.
selain itu, kita juga boleh lihat pada zaman sekarang artis-artis lebih mementingkan pakaian dalam sesebuah persembahan. Contohnya, ada artis yang sudah bertudung tetapi mebuka balik tudung itu kerana tidak dapat "job" ataupun berlakon dan menyanyi.
Ini adalah faktor yang sering dilupakan oleh para orang tua. Hiburan yang memiliki pesan moral juga kini jarang kita jumpai di tayangan mediamassa, maupun kehidupan sehari – hari. Mungkin kerana hiburan jenis ini memerlukan pengamatan yang teliti agar faham pesan moral yang dimiliki di dalam hiburan.
Artis-artis sekarang juga lebih menyukai memakai pakaian yang terdedah kepada umum sebabnya bagi mereka jika pakaian yang terdedah itu peminat lebih suka. Padahal, jika seseorang artis itu sudah berbakat, beliau tidak perlu berbuat sedemikian.
Himpunan Belia saji hiburan melampau, ketepi kerohanian
Presiden Gamis, Akram Ikrami Taib Azamudden berkata, program hiburan melampau bukan sekadar menghilangkan nilai-nilai ketimuran, malah mencalarkan imej Islam yang sudah lama terpahat di Malaysia.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, Islam mengharuskan hiburan kerana menjadi sebahagian daripada fitrah manusia tetapi hiburan itu perlualah ada batasnya. Janganlah terlalu leka dan taksub dengan hiburan sampai kita terikut-ikut. Program hiburan ini ada baiknya dan buruknya, jika kita ambil baiknya maka jadikan teladan dalam kehidupan seharian kita dan buruknya jangan diikuti kerana akan memberi kesan yang buruk pada diri kita. Sebagai artis, mereka perlulah mengambil berat tentang pakaian mereka di atas pentas seperti pakai pakaian yang bersesuaian dengan tema persembahan tersebut dan janganlah terlalu terdedah pakaian itu kerana takut nanti penonton tidak berminat dengan persembahan, malahan penonton lebih suka melihat pakaian artis tersebut maka di mana nya kualiti dan juga maruah diri artis tersebut jika beliau berbuat sedemikian.
Pihak-pihak yang berkuasa dalam dunia seni ini, perlu mengingatkan kepada artis-artis bahawa di dalam membuat persembahan adanya etika-etika yang perlu atau harus diikuti. kerana adnya etika ini barulah dapat melahirkan artis yang berwibawa dan berakhlak.







Tiada ulasan:
Catat Ulasan