Sabtu, 18 Mac 2017

6:47 PG

ETIKA KEWARTAWANAN



Menurut Aminudin Basir (2009), media komunikasi tidak dapat dipisahkan dengan mesej. Untuk mendapatkan mesej yang telus dan benar, kebebasan diperlukan. Tanpa kebebasan mesej, media komunikasi tidak dapat mencapai matlamat dikehendaki. Bagi menjaga kepentingan masyarakat awam dan keselamatan Negara, kebebasan media dalam memperoleh mesej dan menyampaikannya perlu bergerak dalam lingkungan undang-undang serta berpegang teguh pada akhlak dan etika yang luhur. Justeru, ajaran Islam perlu dijadikan dasar dan panduan utama dalam membentuk garis panduan kebebasan media komunikasi dan amalan etika pengamal media komunikasi Negara.
Garis panduan dan etika kewartawanan dalam Islam ialah dilarang mendedahkan keburukan serta keaiban seseorang tanpa sesuatu maslahah atau kepentingan yang jelas. Selain itu, dilarang menyiarkan berita berunsur fitnah dalam pelbagai bentuk. Juga dilarang menyebarkan perkara-perkara yang lucah atau berunsur lucah. Tidak perlu membesar-besarkan sesuatu perkara yang tidak penting. Seseorang wartawan yang terlibat dengan tugasan mestilah memastikan kebenaran sesuatu berita yang diperoleh. Mengkaji semula setiap berita sama ada benar atau salah (jika perlu). Tidak menyebarkan maklumat yang tidak jelas atau samar.
Kod Etika Wartawan Malaysia yang telah digubal oleh Jawatankuasa Penggubal Tatasusila ialah tugas utama wartawan ialah melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang benar. Selain itu dalam melaksanakan tugas, seorang wartawan perlu menghayati kebebasan memungut dan menyiarkan berita secara jujur serta berhak membuat ulasan dan kritikan yang saksama. Malahan, wartawan hendaklah menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan berita , gambar, filem dan dokumen. Sebarang maklumat yang tersiar yang didapati tidak benar hendaklah diperbetulkan. Wartawan hendaklah menghormati kerahsiaan sumber berita. Wartawan perlulah berbudi pekerti ketika menjalankan tugas dan menggelakkam diri daripada plagiarisme, fitnah dan hasutan, tuduhan tidak berasas serta rasuah dalam apa-apa jua bentuk sekalipun. Wartawan juga tidak boleh menyiarkan berita atau rencana yang bersifat perkauman dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk di Malaysia.

LATAR BELAKANG
Kaum wartawan merupakan golongan profesional yang peranannya, antara lain, dapat mempengaruhi pandangan atau sikap masyarakat, melalui laporan dan tulisan. Oleh yang demikian wartawan dianggap agen perubahan masyarakat.
Sebagai golongan yang berpengaruh wajarlah mereka mempunyai etika profesionnya untuk dijadikan peraturan dan panduan dalam menjalankan tugas harian dengan rasa disiplin dan penuh tanggungjawab.
Untuk memenuhi keperluan inilah Institut Akhbar Malaysia, yang dianggotai 35 pertubuhan media massa di Malaysia, mengambil inisiatif untuk mewujudkan suatu etika yang sesuai bagi kaum wartawan Malaysia.
Ketika menyusun kandungan etika tersebut Jawatankuasa Penggubal Etika Kewartawanan Malaysia, yang dianggotai oleh ketua-ketua pengarang media Malaysia, cetak dan elektronik, telah mengkaji beberapa jenis etika kewartawanan yang digunakan di Amerika Syarikat, Jepun, Republik Korea, Filipina dan di Indonesia.
Jawatankuasa tersebut telah juga menimbangkan syor dan pandangan dalam beberapa kertas kerja, antaranya, dari Jabatan Perpaduan Negara (“Usaha-Usaha ke Arah Mewujudkan Perpaduan Yang Lebih Kukuh di Kalangan Rakyat Berbilang Kaum- Peranan Media” – Dis 1987).
Pada 20hb. Mei, 1989 di Kuala Lumpur dalam perhimpunan wakil-wakil media cetak dan elektronik, Tokoh Wartawan Negara Haji (kemudian Tan Sri) Abdul Samad Ismail diberi kehormatan untuk mengisytiharkan Etika Kewartawanan Malaysia.
Wakil-wakil pertubuhan media massa yang hadir telah berucap dan menyokong pengumuman dan kandungan Etika Kewartawanan Malaysia. Antara yang hadir ialah wakil-wakil Persatuan Pengarang-Pengarang Akhbar (ONE), Kelab Kebangsaan Akhbar Malaysia (NCP), kumpulan akhbar New Straits Times (NST), kumpulan akhbar Berita
Harian, kumpulan akhbar Utusan Melayu, RTM, TV3, wakil akhbar Cina dan Tamil, wakil akhbar tabloid, Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ), Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM), Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (EJA), dan wakil Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA).
PENJELASAN DAN HURAIAN
Etika Kewartawanan Malaysia mengandungi dua bahagian: Mukadimah dan Perkara.
Mukadimah, pada umumnya, menerangkan hubungan wartawan dengan masyarakat persekitarannya, peranannya mengekalkan keamanan kestabilan negara dan imej wartawan yang berwibawa, berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap negara dan masyarakat.
Prinsip Rukun Negara, teras dan garis panduan hidup masyarakat Malaysia, diutamakan dalam Etika Kewartawanan Malaysia kerana masalah perkauman, ketaksuban agama, kestabilan dan keselamatan negara. Usaha mempertahankan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia juga dihuraikan secara terperinci dalam prinsip Rukun Negara.
Kaum wartawan Malaysia yang menerima Etika Kewartawanan Malaysia bererti bersetuju menghormati prinsip-prinsip terkandung dalam Rukun Negara: i) Kepercayaan kepada Tuhan, ii) Kesetiaan kepada Raja dan Negara, iii) Keluhuran Perlembagaan, iv) Kedaulatan Undang-Undang, dan v) Kesopanan dan Kesusilaan.
Kecuaian untuk menghormati prinsip-prinsip tersebut menampakkan sikap tidak atau kurang bertanggungjawab ketika menjalankan profesionnya dan keadaan ini boleh menjejaskannilai moral dan akhlak seseorang wartawan.
Dalam menghayati Etika Kewartawanan Malaysia, wartawan perlu menyedari peranannya untuk memberi sumbangan kepada proses pembinaan negara dengan cara menyedarkan pembacanya supaya menyokong segala projek pembangunan yang menguntungkan rakyat.
Kaum wartawan juga bertanggungjawab memberi sumbangan dalam usaha memupuk keharmonian antara kaum, perpaduan nasional dan penggubalan sesuatu dasar negara. Wartawan perlu sedar bahawa dalam negara demokratik mereka dikehendaki menggunakan kemahiran untuk mewujudkan suasana saling menghormati, saling mempercayai dan saling memahami di kalangan masyarakat dan mencegah timbulnya perasaan curiga dan prasangka.
Bahaya komunisme, perkauman dan ketaksuban agama kepada kestabilan dan keselamatan negara dapat dikesani dari keadaan 12 tahun Darurat, insiden 13hb. Mei 1969 dan peristiwa-peristiwa berkaitan dengan etnik dan agama yang pernah berlaku di negara-negara lain.
Kewujudan masyarakat yang liberal, toleran dan demokratik perlu dipupuk dalam negara yang berbilang kaum, agama dan budaya. Begitu juga dengan peranan dan tradisi kewartawanan bebas dan bertanggungjawab untuk melaporkan kebenaran tanpa rasa takut atau berat sebelah. Sesungguhnya, wartawan yang cekap, jujur dan amanah menjadi aset kepada negara dan masyarakat.
Mereka yang dapat memenuhi kriteria dan keperluan tersebut layak memasuki profesion kewartawanan. Dalam menjalankan tugasnya wartawan perlu menghormati panduan dan peraturan berikut:
(1) Tugas utama wartawan adalah melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang benar.
Sebelum menjalankan tugas wartawan perlu mengetahui hak kebebasannya. Hak bagi wartawan menghadiri perbicaraan di mahkamah, mesyuarat dan persidangan sama sahaja dengan hak yang ada pada orang ramai. Jika meja dan kerusi disediakan khas untuk wartawan di sesuatu majlis ialah kerana penganjur atau pihak berkuasa menghargai peranan wartawan.
Kadangkala wartawan mendapat keistimewaan yang tidak diberikan kepada orang ramai. Misalnya, menghadiri mahkamah juvana. Ada wartawan mendesak supaya ia dibenarkan mengikuti perbicaraan juvana itu walaupun ia diberitahu tidak ada perkara penting yang hendak dilaporkan. Bagaimanapun, tuntutan itu dikemukakan sekadar mengingatkan pihak berkuasa tentang adanya hak wartawan.
Kadangkala wartawan dilarang menghadiri sesuatu majlis atau mesyuarat. Hal ini berlaku apabila majlis itu dikhaskan kepada ahli-ahli pertubuhan berkenaan.
Wartawan perlu mengetahui perbezaan antara mesyuarat terbuka kepada orang ramai dan mesyuarat terhad kepada ahli-ahli persatuan. Mesyuarat agung merupakan mesyuarat terhad dan pengerusi mesyuarat boleh membatasi kehadiran wartawan. Bagaimanapun, tindakan menghalang wartawan daripada menghadiri sesuatu perhimpunan terbuka kepada orang ramai adalah perbuatan menghalang wartawan daripada menjalankan tugasnya untuk kepentingan orang ramai.
Sesungguhnya, tidak ada pihak yang mahu menghalang wartawan menghadiri mesyuarat atau perhimpunannya kecuali ada sesuatu yang hendak dirahsiakan kepada orang ramai.
(2) Dalam melaksanakan tugasnya dia menghayati kebebasan memungut dan menyiarkan berita secara jujur serta berhak membuat ulasan dan kritikan yang saksama.
Kebebasan memungut dan menyiarkan berita sering dikaitkan dengan kebebasan akhbar. Definisi kebebasan adalah berbeza dari suatu Negara dengan negara yang lain mengikut keadaan setempat. Sebenarnya tidak ada kebebasan akhbar secara mutlak. Kebebasan akhbar di Malaysia ialah kebebasan yang disertai dengan tanggungjawab terhadap negara dan masyarakat, sesuai dengan prinsip dan semangat Rukun Negara.
Kebebasan akhbar secara mutlak tanpa rasa tanggungjawab boleh mengancam kestabilan negara terutama apabila media menyalahgunakan kebebasannya dan setelah pemikiran dan pandangan masyarakat menjadi tidak menentu akibat daripada kebebasan akhbar yang ekstrim dan melampau.
Media di Barat, terutama sekali, giat memperjuangkan prinsip kebebasan akhbar sedangkan mereka belum pasti dapat mengamalkan apa yang diperjuangkan kerana mereka pasti akan mempertahankan dasar dan kepentingan pemilik medianya atau untuk kepentingan golongan yang diwakilinya.
Dalam menghayati kebebasan akhbar wartawan hendaklah membuat ulasan dan kritikan membina dan saksama supaya kritikan itu tidak melulu dan dianggap bermuslihat.
Dalam keghairahan wartawan melaporkan berita perlu diingat adanya beberapa akta seperti Akta Rahsia Rasmi, Akta Hasutan, Akta Fitnah dan lain-lain yang ada kaitan secara langsung dengan profesion kewartawanan.
(3) Wartawan hendaklah menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan berita, gambar, filem dan dokumen.
Pelbagai cara boleh digunakan untuk mendapatkan berita selagi cara yang dijalankan itu wajar dan untuk kepentingan orang ramai. Wartawan yang menyamar ketika mencari berita hendaklah menghormati batas kesopanan dan kuasa undang-undang. Menyamar sebagai pegawai polis atau tentera atau doktor dan sebagainya bukanlah cara yang wajar kerana profesion yang disamari mempunyai bidang kuasa dan peraturan tertentu bagi penyandangnya.
Ketika bertugas wartawan hendaklah mengenalkan diri dan nama akhbar yang diwakili sama ada ia diminta berbuat demikian atau tidak. Tujuannya untuk memberi keyakinan kepada orang yang ditemui supaya sedar bahawa ia berhadapan dengan wartawan ketika membuat keterangan.
Perbuatan menyamar diri kadangkala dilakukan wartawan apabila bertugas membuat laporan penyiasatan (investigative reporting) dan menghadapi kesulitan untuk mendapat fakta-fakta yang perlu dan penting bagi melengkapkan kandungan laporannya. Banyak berita yang menggemparkan dihasilkan oleh wartawan bertugas secara menyamar.
Bagaimanapun, sedapat mungkin elakkanlah perbuatan menyamar ketika bertugas kecuali dalam keadaan tertentu atau terdesak.
Dalam mencari berita wartawan mempunyai hak yang sama pada orang ramai. Kesalahan melanggar kawasan (trespassing), misalnya, meliputi semua orang termasuk wartawan, kecuali mereka yang diberi kebenaran.
Dalam suatu kemalangan jalan raya misalnya, wartawan bergerak bebas menjalankan tugasnya di kawasan kemalangan sedangkan orang ramai biasanya dilarang berbuat demikian. Tetapi wartawan sayugia faham bahawa ia, seperti jua orang ramai, tanpa kebenaran khas dan bergerak bebas di kawasan kemalangan itu mungkin kerana pihak
berkuasa menghargai peranan media untuk menyampaikan maklumat yang benar kepada orang ramai. Pihak berkuasa boleh menghalang wartawan memasuki kawasan larangan jika dirasakan perlu.
Di kawasan terbuka kepada orang ramai wartawan boleh bergerak bebas menjalankan tugas tanpa perlu mendapat kebenaran. Wartawan foto juga berhak untuk merekodkan peristiwa yang berlaku di kawasan umum (public area) tanpa diganggu atau dihalang.
Objek yang menjadi fokusnya hanya boleh melindungkan diri tetapi tidak boleh bertindak menghalang wartawan daripada menjalankan tugasnya, misalnya, dengan menutup lens foto atau merampas atau memusnahkan kamera wartawan. Jika mereka berbuat demikian wartawan terlibat boleh membuat aduan polis. Begitu juga dengan wartawan yang dikasari hingga cedera untuk menghalang mereka daripada membuat liputan.
(4) Sebarang maklumat tersiar yang didapati tidak benar dan tepat hendaklah diperbetulkan.
Adalah menjadi tanggungjawab wartawan dan media untuk membetulkan sesuatu kesilapan dalam laporannya dengan segera lebih-lebih lagi kesilapan yang serius sama ada setelah mengetahui kesilapannya itu atau setelah ada permintaan pihak yang terlibat.
Keikhlasan dan kejujuran wartawan dan medianya menyiarkan sesuatu berita pembetulan dapat diukur dari kesediaannya mengakui kesilapan yang dilakukan secara tidak sengaja (in good faith).
(5) Wartawan hendaklah menghormati kerahsiaan sumber berita.
Antara masalah yang biasa dihadapi oleh kaum wartawan dalam usaha mereka mendapatkan berita ialah adanya keterangan sulit (confidential information) yang tidak boleh disiarkan begitu sahaja. Keterangan seperti itu diberi kepada wartawan biasanya dengan tujuan hanya untuk keterangan latar belakang mengenai kejadian yang diperkatakan.
Adakalanya seseorang wartawan mendapat banyak keterangan penting untuk makluman orang ramai atau keterangan yang boleh melengkapi kandungan sesuatu laporan atau berita tetapi keterangan tersebut dianggap “off the record”. Keadaan seperti ini biasa berlaku apabila sumber yang memberi berita “off the record” itu disiarkan atau ia enggan namanya dikaitkan dengan keterangan yang diberi mungkin kerana keterangan itu sulit atau rahsia.
Dalam menghadapi hal seperti ini, wartawan sewajarnya menghormati permintaan sumber beritanya. Jika keterangan “off the record” itu terpaksa juga disiarkan maka nama dan jawatan atau apa mengenal pasti identiti sumber keterangan itu hendaklah dirahsiakan, dan gunakan istilah seperti “sumber-sumber yang boleh dipercayai ”(reliable sources),“ sumber-sumber yang mengetahui” (information circles) dan sebagainya. Jika tersiar juga sesuatu keterangan “off the record” maka wartawan yang melaporkannya hendaklah mempertahankan kerahsiaan identity sumber beritanya.
Ada wartawan sanggup membocorkan identiti sumber berita “off the record” itu hanya kepada hakim di mahkamah. Pertimbangannya dalam hal ini ialah kerana undang-undang negara mengatasi segala-galanya, termasuk etika kewartawanan. Mungkin juga dengan berbuat demikian wartawan berkenaan dapat membuktikan kejujurannya menggunakan istilah “reliable sources” dan sebagainya dalam laporannya. Ada juga wartawan yang sanggup di penjara atau didenda kerana enggan menerangkan di mahkamah identiti sumber beritanya dan dengan demikian ia dianggap menghina mahkamah (contempt of court).
Bagaimanapun, ketua pengarangnya berhak mengetahui sumber berita yang dirahsiakan itu untuk membolehkannya membuat keputusan yang tepat sama ada berita berkaitan itu boleh atau tidak dirahsiakan.
(6) Wartawan hendaklah berbudi pekerti ketika menjalankan tugas dan mengelakkan diri daripada plagiarisme, fitnah dan hasutan, tuduhan tidak berasas serta rasuah dalam apa bentuk sekalipun.
Kesopanan dan ketertiban kelakuan ketika bertugas perlu dijaga supaya wartawan dapat mengharapkan layanan yang sewajarnya dari pihak yang dihubungi. Sikap saling menghormati akan memudahkan tugas yang dikerjakan seperti ketika membuat temuramah atau menghadiri sidang akhbar. Masa temu janji hendaklah ditepati dan peraturan persidangan dipatuhi.
Plagiarisme dalam apa profesion pun dikeji. Wartawan menulis dari pengalamannya, pandangannya, penyelidikannya dan kemampuan mengarang dan bukan “menceduk” tulisan orang lain dan menyiarkannya sebagai hasil karyanya.
Fitnah dan hasutan dalam berita atau rencana boleh melibatkan penulisnya dengan Akta Fitnah atau Akta Hasutan yang membawa hukuman penjara dan/atau didenda. Dalam kesalahan fitnah wartawan tidak perlu membuat fitnah. Melaporkan kenyataan orang lain yang mengandungi unsur fitnah juga satu kesalahan dan boleh melibatkan wartawan dalam kes fitnah.
Tuduhan tidak berasas bergantung kepada tempat dan keadaan. Menuduh seseorang komunis adalah kesalahan libel jika tuduhan itu dibuat dalam negara yang mengharamkan ideologi komunis. Tetapi tuduhan seperti itu mungkin tidak salah jika dibuat di negara yang membenarkan ideologi komunis. Begitu jua mengeluarkan perkataan yang menjatuhkan imej seseorang kerana menulis perkataan-perkataan yang boleh dianggap menghina ditempat lain. Wartawan perlu berhati-hati dalam penggunaan kata-kata yang sensitif di sesuatu daerah.
Wartawan perlu sedar bahawa lagi tinggi kedudukan atau status seseorang dalam masyarakat akan lebih mudah ia difitnah. Wartawan yang membuat laporan dengan tujuan mengharapkan imbuhan dianggap cuba melakukan rasuah. Imbuhan dalam berbagai bentuk, antaranya, wang, pangkat, kedudukan, kewangan dan lain-lain lagi.
Ada wartawan menyatakan ia bersedia menerima sesuatu imbuhan dan perbuatannya itu tidak akan memberi kesan dalam menyempurnakan tugasnya secara objektif, jujur dan ikhlas. Wartawan yang menerima imbuhan atau hadiah kerana tulisannya kebiasaannya menghadapi tekanan atau perasaan terhutang budi.
Apabila hal ini berlaku maka kejujuran, keikhlasan dan sikap objektif yang ada pada wartawan berkenaan boleh diragui. Hadiah yang dimaksudkan ialah sesuatu yang sangat berharga dan bukan hadiah kecil yang dimaksudkan sebagai cenderamata.
(7) Wartawan hendaklah menghindarkan siaran berita dan rencana yang bersifat perkauman, melampau dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk Malaysia.
Untuk perpaduan rakyat perlu disiarkan banyak berita yang tidak mengandungi unsur perkauman atau bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk Malaysia. Rukun Negara menekankan nilai-nilai murni yang perlu dipupuk dan diamalkan untuk menyatupadukan masyarakat dan rakyat Malaysia.
Usaha mengurangkan berita/rencana perkauman, keganasan kaum atau agama perlu digiatkan, terutama di negara-negara sedang membangun. Seminar Wartawan Asia Tenggara di Davao, Filipina (April 1970) yang disertai oleh wakil-wakil dari sembilan negara, termasuk Malaysia, telah meluluskan beberapa ketetapan mengenai “Ketegangan Kaum dan Etnik”, yang antaranya menyatakan:
Cara yang dilakukan oleh media untuk menentukan kebenaran sesuatu berita yang melibatkan kaum atau agama hendaklah diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Janganlah menyiarkan kenyataan dari mana-mana sumber, walaupun dari sumber rasmi, tanpa terlebih dahulu mengkaji implikasinya itu dengan interpretasi dan penjelasan.
(The traditional newspaper standards of checking for accuracy should be applied with even greater rigour in any stories involving racial, religious or communal groups. Statements should not be accepted at face value from any sources, and where necessary these should be accompanied in the news columns by corroboration and interpretation).
Khabar angin yang belum dipastikan kebenarannya tidak wajar menjadi bahan berita, lebih-lebih lagi jika ramalan mengenai sesuatu keganasan boleh menimbulkan keganasan.
(Unverified rumour is not proper content of news columns. In particular, there is a great danger in speculation about violence).
Dalam masyarakat majmuk yang mudah tercetus ketegangan di bidang sosial, ekonomi atau agama, media hendaklah mengambil inisiatif melaporkan berita-berita penyiasatan dan penjelasan yang mengandungi unsur-unsur kemasyarakatan. Usaha seperti ini dapat menyebarkan persefahaman dan melenyapkan suasana benci-membenci dan curiga-mencurigai yang boleh menyebabkan insiden kecil menjadi rusuhan.
(In mixed society with underlying causes of tension – social, economic or religious – newspapers and the broadcast media should initiate investigative and interpretative stories with sociological content. These would spread understanding and also help disperse an environment of resentment and suspicion which can turn a minor incident into a riot).
(8) Wartawan hendaklah memahami undang-undang dan peraturan negara yang berkaitan secara langsung dengan profesion mereka.
Antara beberapa akta yang ada kaitan dengan profesion kewartawanan dan perlu diketahui tiap wartawan, ialah:
Akta Hasutan 1948: Bertujuan menghukum sesiapa yang membangkitkan soal-soal sensitif dengan tujuan menghasut dan membahayakan keselamatan negara. Akta ini meliputi kata-kata hasutan yang dibuat di luar dan di dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Sesuatu kenyataan dianggap menghasut apabila menyentuh keselamatan negara atau bertujuan menghasut. Kesan hasutan tidak perlu ada pada pihak ketiga dalam kes menghasut. Akta ini dikuatkuasakan ke atas rakyat Malaysia yang berada di dalam atau luar Malaysia.
Akta Rahsia Rasmi (pindaan)1986: Bertujuan menjaga rahsia rasmi negara supaya ia tidak dibocorkan kepada pihak yang ingin mendapat keuntungan serta merta atau yang boleh mengancam keselamatan negara. Jika sabit kesalahan hukumannya penjara mandatori di antara satu hingga tujuh tahun. Akta ini boleh dikuatkuasakan ke atas seseorang rakyat Malaysia di negara mana jua kesalahan itu dilakukan. Dokumen yang dianggap rahsia rasmi Kerajaan ialah kertas-kertas yang ditentukan sebagai “Rahsia Besar”, “Rahsia Sulit” atau “Terhad” yang ditetapkan oleh Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri atau pegawai-pegawai tertentu yang diberi kuasa.
Akta Fitnah 1957: Bertujuan melindungi masyarakat daripada menjadi bahan fitnah orang yang tidak bertanggungjawab. Fitnah adalah kata-kata dusta mengenai orang lain dan dihebahkan atau disiarkan kepada pihak ketiga. Akta fitnah merupakan undang-undang sivil. Jika fitnah itu mengandungi unsur jenayah, tuduhan boleh dikenakan di bawah Kanun Keseksaan (S.449) dan jika didapati bersalah boleh dihukum penjara dan/atau denda. Dalam kes fitnah, tanggungjawab membuktikan sesuatu (burden of proof) terletak pada yang dituduh membuat fitnah. Pihak yang tertuduh perlu membuktikan bahawa kenyataan/ keterangannya itu adalah benar dan merupakan berita atau ulasan yang adil (fair  comment) dan dibuat untuk kepentingan orang ramai.
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960: Bertujuan membendung kegiatan subversif yang boleh membahayakan keselamatan negara, sama ada kegiatan komunis, ahli politik atau orang yang terlibat dengan kegiatan komunis (setelah tamat Darurat pada 31 Julai, 1960). Akta ini mempunyai peruntukan menyeluruh. Jika sesuatu kegiatan itu boleh membahayakan keselamatan negara Menteri Dalam Negeri berkuasa menahan orang yang melakukannya hingga dua tahun tanpa perbicaraan. Ketua Polis Negara juga boleh menahan seseorang hingga 60 hari.
Kanun Keseksaan: Ada beberapa peruntukan jenayah dalam Kanun Keseksaan (Penal Code) yang menyentuh kebebasan bercakap. Sekatan dibuat mengenai perkataan-perkataan yang mencabul kehormatan wanita (S.509), ugutan (S.503), mengeji atau mencerca (S.504), kenyataan khianat, berita angin (S.505), iklan buku-buku lucah (S.292) dan kenyataan yang boleh menyinggung agama (S.298). Kesalahan di bawah Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara dan/atau didenda.
Akta Hakcipta 1987: Bertujuan melindungi karya-karya asli daripada disalahgunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab yang ingin mendapatkan keuntungan dengan mudah dan segera dengan menyalin karya orang lain.
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984: Bertujuan mengawal semua jenis penerbitan sama ada yang dicetak di dalam negeri atau yang diimport. Sesiapa mencetak atau mengeluarkan penerbitan lucah atau bertentangan dengan akhlak atau sesuatu yang mengandungi hasutan supaya mengingkari perintah yang sah atau yang boleh membawa kepada kekacauan atau permusuhan kaum dianggap telah melakukan kesalahan di bawah Akta ini. Dia boleh dihukum dan mesin cetaknya boleh dirampas.
InjuctionIalah cara untuk membatasi kebebasan berucap atau menerbitkan sesuatu perkara yang menjadi isu. Injuction juga merupakan penapisan perundangan (judicial censorship). Jika ada sesuatu laporan yang telah diterbitkan maka mahkamah, atas permintaan salah satu pihak yang terlibat, boleh mengeluarkan injuction untuk mencegah siaran mengenai isu yang dipersoalkan dibuat selanjutnya, sama ada dalam bentuk buku atau siaran di media.






KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, etika kewartawanan dalam Islam perlu bertepatan dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Islam. Sebagai wartawan, mereka perlulah membawa berita yang benar dan tepat kepada penonton atau pendengar kerana dalam Islam, jika sahih sesuatu cerita itu maka ia perlu dipercayai jika tidak sahih sesuatu cerita itu maka kita sebagai pendengar tidak perlulah percaya berita itu. 

Society of (US) Professional Journalists dalam buku “Doing Ethics in Journalism”  juga ada menyatakan:
“Ditinjau kebaikannya, sesuatu kod etika kewartawanan dapat membantu wartawan mengenal pasti banyak masalah dan menyedarkan wartawan bahawa tugas mereka ialah bertanggungjawab mencari dan melaporkan berita dengan lengkap dan tepat, dan juga mengingatkan wartawan supaya sentiasa berwaspada terhadap tekanan-tekanan yang akan akhirnya melenyapkan kebebasan akhbar.
“Sebaliknya, kod etika kewartawanan boleh membatasi kemampuan individu wartawan untuk bertindak dan membuat keputusan secara bebas”
Etika Kewartawanan Malaysia telah disusun oleh wartawan untuk wartawan. Oleh yang demikian kaum wartawan Malaysia bertanggungjawab untuk menghayati dan  mematuhinya.
6:47 PG

HIBURAN MELAMPAU



Pada dasarnya, Islam mengharuskan hiburan kerana hiburan menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. 
Hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh merangsang kepada perbuatan dosa (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).
Oleh itu, beberapa garis panduan tentang hiburan telah dikeluarkan antaranya, pertama ialah program hiburan. Program hiburan tersebut mestilah bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan. Program seperti ini juga perlu diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan orang ramai. Selain itu, dalam melaksanakan program hiburan tersebut perlulah mengambil kira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan ajaran Islam juga tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat dan tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Kedua ialah persembahan muzik. Persembahan muzik ini perlulah tidak menimbulkan gerak-geri liar. Malahan, di dalam persembahan muzik ini tidak perlulah mempunyai unsur yang mendorong kepada perbuatan maksiat dan juga tidak melalaikan.
Ketiga ialah lirik. Jika mengandungi kalimah syahadah dalam bahasa Arab hendaklah disempurnakan. Selain itu, lirik lagu tersebut mestilah tidak mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, perkataan lucah, menggambarkan arak dan memberikan perangsang melakukan dosa dan juga tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan peribadi. Lirik itu juga tidak boleh menjadikan sebagai  teks al-Quran. Keempat ialah persembahan artis. Sebagai seorang artis, mereka perlulah berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan. Selain itu, semasa mereka membuat persembahan mereka mestilah berpakaian sopan, kemas serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam. Artis tersebut mestilah tidak melakukan gerak-geri dan perkataan yang boleh menimbulkan perasaan yang mendorong kepada maksiat dan menghina Islam. Malahan, artis tersebut tidak perlulah mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan maksiat atau menghina agama Islam. Yang terakhir ialah gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah. Didalam persembahan tersebut juga tidak boleh berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah. Persembahan itu juga tidak bertujuan pemujaan dan penyembahan. 


Di zaman yang terus maju seperti sekarang, makin sulit mendapatkan hiburan yang mendidik di tayangan di mediamassa, hampir semua tayangan hanya mengejar rating tanpa mementingkan kualitas dan kuantitas suatu tayangan. Maka dari itu tugas sebagai orang tua adalah penting untuk memutuskan untuk memberi pededahan yang tepat bagi mendidik anak.

contoh yang kita boleh lihat pada zaman sekarang ialah lelaki dan perempuan bercampur dalam sesebuah konsert ataupun persembahan. Hal ini kerana tiada ataupun buat tidak tahu tentang agama, kerana dalam agama Islam lelaki dan perempuan ada batasnya dalam pergaualan. 

Ini juga merupakan hal yang penting kerana hiburan yang lagi trend biasanya jenis hiburan yang sedang banyak dinikmati oleh orang – orang, contoh standup comedy. Akan tetapi kita harus tetap mengawasi keluarga kita kerana jangan sampai mereka tanpa sengaja melihat sesuatu yang salah dari hiburan tersebut.

selain itu, kita juga boleh lihat pada zaman sekarang artis-artis lebih mementingkan pakaian dalam sesebuah persembahan. Contohnya, ada artis yang sudah bertudung tetapi mebuka balik tudung itu kerana tidak dapat "job" ataupun berlakon dan menyanyi. 

Ini adalah faktor yang sering dilupakan oleh para orang tua. Hiburan yang memiliki pesan moral juga kini jarang kita jumpai di tayangan mediamassa, maupun kehidupan sehari – hari. Mungkin kerana hiburan jenis ini memerlukan pengamatan yang teliti agar faham pesan moral yang dimiliki di dalam hiburan.

Artis-artis sekarang juga lebih menyukai memakai pakaian yang terdedah kepada umum sebabnya bagi mereka jika pakaian yang terdedah itu peminat lebih suka. Padahal, jika seseorang artis itu sudah berbakat, beliau tidak perlu berbuat sedemikian.







CONTOH HIBURAN MELAMPAU DI MALAYSIA

Himpunan Belia saji hiburan melampau, ketepi kerohanian

KUALA LUMPUR 28 Mei: Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) kesal dan kecewa kerana Himpunan Belia ‘menyajikan’ lebih banyak hiburan berbanding program keilmuan dan kerohanian.
Presiden Gamis, Akram Ikrami Taib Azamudden berkata, program hiburan melampau bukan sekadar menghilangkan nilai-nilai ketimuran, malah mencalarkan imej Islam yang sudah lama terpahat di Malaysia.
“Belia wajar digilap dari sudut keilmuan dan kerohanian supaya perkembangan belia seimbang.
“Projek membangunkan belia perlu melalui kebajikan seperti pendidikan percuma, prasarana sukan dan kebudayaan yang lengkap bagi di kawasan pedalaman.
“Institusi belia yang efektif juga perlu diwujudkan bagi mengurangkan pengangguran dan membantu ekonomi belia,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Akram, dalam keghairahan kerajaan membangunkan belia, mereka terlupa perkara asas yang menjadi tonggak iaitu kerohanian.
Akram berkata, kerajaan terpesong dari matlamat asal untuk membangunkan konsep wasatiyyah.
“Wasatiyyah bukannya bermaksud mengambil separuh yang baik lalu dicampur dengan separuh yang buruk.
“Kesilapan memahami konsep ini mencemarkan pandangan masyarakat terhadap Islam, apatah lagi menggunakan Islam untuk mencantikkan yang buruk,” katanya.

Himpunan Belia di Putrajaya hujung minggu lalu menyaksikan pelbagai acara hiburan disajikan kepada pengunjung.




KONSERT FMFA: HIBURAN MELAMPAU MERUGIKAN MASA DEPAN NEGARA









Hari ini negara digemparkan dengan peristiwa sedih dan duka akibat kehilangan pesawat MH370. Namun, amat menduka citakan sekali apabila konsert Future Music Festival Asia (FMFA) telah berlangsung baru-baru ini tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat yang saat ini mengkhuatiri kehilangan pesawat MH 370.
Bertambah malang lagi apabila konsert tersebut telah mengorbankan 6 nyawa penonton akibat pengambilan dadah dan alkohol secara berlebihan. Ini adalah suatu kerugian kepada masyarakat terutamanya golongan belia yang seharusnya didedahkan dengan program-program yang berunsurkan pembinaan jati diri dan rohani.
Kecenderungan golongan belia kepada hiburan yang melampau memberi kesan yang buruk kepada masa depan negara kerana mereka adalah pewaris kepimpinan negara pada masa hadapan. Konsert yang telah berlangsung baru-baru ini jelas menunjukkan suatu petanda yang negatif kepada pembentukkan jati diri golongan belia hari ini.
Sikap penganjur yang tidak melihat kepada sensitiviti isu ini seharunya diambil tindakan penuh oleh Kementrian Belia dan Sukan untuk menangani masalah ini daripada terus berulang. Penganjuran konsert hiburan seperti ini sudah tentu sahaja membuka ruang kepada masaalah sosial dalam kalangan belia.
Hari ini kita sudah cukup digemparkan dengan kes-kes zina, buang bayi, rogol, bunuh dan sebagainya. Apakah telah berlakunya kebuntuan terhadap penyelesaian masalah seperti ini sehinggakan penganjuran konsert hiburan tidak pernah di ambil tindakan?
Sikap segelintir pihak yang ingin mencari populariti dengan menganjurkan program-program hiburan melampau seperti ini tidak selayaknya mendapat tempat di mata masyarakat. Apakah motif sebenar dan pencapaian yang ingin dicapai melalui penganjuran program seperti ini?
Adakah kesan akhir daripada penganjuran program hiburan seperti ini dapat mengeluarkan belia daripada kemelut gejala sosial yang tidak berkesudahan? Atau adakah ianya menambahkan kekusutan dan kecelaruan terhadap gejala sosial dalam kalangan belia?
Ini adalah persoalan yang perlu dijawab oleh pihak penganjur mahupun pihak kementerian.
Penganjuran program hiburan seperti ini seharusnya dihentikan dan tidak perlu dibazirkan nyawa dan masa depan belia. Tambahan pula, penganjuran program “Pink Dot” yang telah lama berlangsung di Singapura tidak seharusnya dibawa masuk ke dalam negara.
Program tersebut jelas mempromosi LGBT dan ini merupakan suatu gejala yang amat buruk kepada golongan belia. Sebelum ini telah diwar-warkan bahawa penganjuran program tersebut akan dijalankan di Pulau Pinang dalam masa terdekat.
Kementrian Belia dan Sukan (KBS) sewajarnya menghalang penganjuran program tersebut dari terus berlangsung agar belia tidak dibebankan lagi dengan kecelaruan budaya LGBT.
Islam tidak pernah mengharamkan hiburan asalkan hiburan itu tidak membawa mudarat kepada masyarakat. Biarlah hiburan itu hiburan yang mendidik dan bukan hiburan yang membinasakan.
Negara hari ini didedahkan dengan pelbagai bentuk hiburan yang melampau seperti K-POP, hard rock, Metallica dan sebagainya. Sudah tentu golongan belia akan mudah cenderung dan tertarik kepada hiburan seperti itu kerana ianya menyajikan kelalaian dan kenikmatan yang melampaui batas.
Sudah semestinya Islam melarang hiburan berbentuk seperti ini kerana wujudnya pencampuran lelaki dan wanita dan mendatangkan mudarat melebihi kebaikan. Pihak kementrian perlu peka dan memastikan perkara ini diambil perhatian serius.
KBS juga seharusnya mempromosi dan menggalakkan program-program yang berbentuk pembinaan jati diri dan rohani terhadap golongan belia daripada terus membenarkan hiburan melampau mendapat tempat pada gologan belia.

Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) amat komited dan akan bekerjasama dengan pihak kementrian dalam membangunkan program-program yang membina jati diri dan rohani belia. Hasrat yang ingin dicapai oleh PEMBINA adalah untuk melahirkan golongan belia yang memiliki jati diri dan rohani yang tinggi dan juga cemerlang dalam pencapaian-pencapaian di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.



Published on Jun 17, 2013
Konsert Hale Bopp yang diadakan di UiTM.Budaya hiburan yang semakin melampau di UiTM dan juga nilai akhlak yang semakin runtuh dalam kalangan mahasiswa.








   
   




































KESIMPULAN


Secara kesimpulannya, Islam mengharuskan hiburan kerana menjadi sebahagian daripada fitrah manusia tetapi hiburan itu perlualah ada batasnya. Janganlah terlalu leka dan taksub dengan hiburan sampai kita terikut-ikut. Program hiburan ini ada baiknya dan buruknya, jika kita ambil baiknya maka jadikan teladan dalam kehidupan seharian kita dan buruknya jangan diikuti kerana akan memberi  kesan yang buruk pada diri kita. Sebagai artis, mereka perlulah mengambil berat tentang pakaian mereka di atas pentas seperti pakai pakaian yang bersesuaian dengan tema persembahan tersebut dan janganlah terlalu terdedah pakaian itu kerana takut nanti penonton tidak berminat dengan persembahan, malahan penonton lebih suka melihat pakaian artis tersebut maka di mana nya kualiti dan juga maruah diri artis tersebut jika beliau berbuat sedemikian.

Pihak-pihak yang berkuasa dalam dunia seni ini, perlu mengingatkan kepada artis-artis bahawa di dalam membuat persembahan adanya etika-etika yang perlu atau harus diikuti. kerana adnya etika ini barulah dapat melahirkan artis yang berwibawa dan berakhlak.
6:47 PG

PENYEBARAN FITNAH








                Pada zaman sekarang banyak berlakunya pernyebaran fitnah dengan cepat, dengan teknologi yang semakin cannggih penyebaran fitnah dapat diluaskan tanpa usur periksa, malah ia juga membuat aib seseorang tanpa masyarakat memikirkan perasaan orang lain. Terdapat sebuah kisah yang telah diriwayatkan berdasarkan sebuah hadis Rasulullah SAW boleh dijadikan teladan mengenai penyebaran fitnah.







·         Fitnah berasal dari perkataan Arab yang bermaksud kekacauan,becana, cubaan dan penyesatan adalah dilarang sama sekali dalam Islam.
·         Fitnah mampu mendatangkan kesan buruk ke atas agama dan masyarakat.

(Suhaimee & Rusyda Helma 2012)  








Fitnah boleh membawa kepada kehancuran sebuah masyarakat. Tambahan pula dunia sains dan teknologi ini, mudah untuk tersebar melalui pelbagai medium technology:
*      Whatapps
*      Facebook
*      Laman sesawang
*      Telegram







Dalam arus pemodenan dan diringin kemajuan penyeabran fitnah dapat dilakukan dengan cepat dab mudah. Teknologi menjadi pemangkin kepada penyebaran fitnah dalm media massa. Kita sebagai manusia perlu memikirkan terlebih dahulu kesan buruk dan kebaikan sebeleum membuka mulut untuk menyebarkan fitnah atau menceritakan sesuatu kepada orang lain tentang aib seseorang. Bahawa Allah SWT telah memberitahu bahawa “ menyebarkan fitnah mahupun membuka aib seseorang ia merupakan doasa besar dari berlakunya perzinaan” “ Sesungguhnya jika jita mahu bertaubat hendaklah memohaon keampunan terhadap orang yang telah kita membuat aib tersebut”. Oleh itu, kita sebagai ciptaan-NYA hendakalah membuat kebaikan hindari daripada melakukan dosa besar. 






Kesimpulan bagi penyebaran fitnah ialah masyarakat atau individu yang tidak rasa takut atau berasa bersalah dalam menyebarkan fitnah. Bagi pendapat saya, penyebaran fitnah ini perlu dikurangkan kerana dengan teknologi yang semakin maju boleh meyebabkan individu tersebut menyebarkan fitnah dengan meluasa tanpa perlu bercakap, sedangkan Rasulullah pernah bersabda “menyebarkan fitnah dosa lebih besar dari membunuh”. Oleh itu, kita perlu menjaga tingkah laku dan perlu meyiasat terlebih dahulu sebelum meyebarkan fitnah terhadap seseorang. Jaga la mertabat dan agama Islam, kerana kita perlu membuktikan pada bangsa dan kaum lain bahawa Islam adalah agama yang suci dan bersih dari segi segala perkara buruk.

6:46 PG

PERKAUMAN


Pengenalan


Isu-isu perkauman bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum dalam aspek penggunaan bahasa, dimensi agama, tingkah laku sosial, perlakuan fizikal, sektor pekerjaan, perbuatan buli, penulisan dan literatur, rasisme dan seumpamanya. Dalam konteks Malaysia, isu-isu sensitif pula membawa erti isu-isu yang melibatkan perkara-perkara yang sensitif dalam Malaysia berkaitan dengan hak-hak keistimewaan Melayu, status Bumiputera, kontrak sosial, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sistem kuota dan perkara-perkara stereotype.
Isu-isu ini tidak boleh dibahaskan, didebatkan atau dibincangkan secara terbuka kerana ia akan membawa kepada api permusuhan hasil daripada perasaan kurang senang dan tidak berpuas hati. Isu-isu sensitif ibarat api dalam sekam yang menyala dalam diam-diam hingga boleh membawa kepada kebakaran. Ini juga adalah salah satu sebab yang bakal membawa kepada insiden konflik atau pergaduhan antara kaum. Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif juga melibatkan perlakuan memperlekehkan dan merendah-rendahkan kaum lain serta mempertikaikan hak orang lain. Termasuk juga dalam ruang lingkup tafsiran isu perkauman dan isu sensitif ialah ucapan, perbuatan, perkataan, penerbitan atau sebarang cara yang boleh ditafsirkan sebagai kecenderungan menghasut (Akta Hasutan 1948).


Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif boleh menggugat perpaduan dan kesepakatan antara kaum, mewujudkan huru-hara dan ancaman ketenteraman awam, mencetuskan konflik dan perselisihan kaum dan konflik antara agama, mewujudkan suasana prejudis, prasangka, dan hubungan tidak baik antara kaum, menghilangkan semangat toleransi, menimbulkan suasana tidak aman serta mengurangkan persefahaman bangsa berbilang kaum. Kesemua elemen-elemen negatif ini akan mengganggu-gugat keharmonian hubungan antara kaum sehingga menjejaskan perpaduan, menghilangkan kesedaran tentang kepentingan hubungan antara kaum, merencatkan keselesaan rakyat pelbagai kaum agar dapat hidup dengan harmoni dan mengusutkan hubungan interaksi antara agama dan budaya.


Perkauman Menurut Islam

Sekarang kita masukkan masukkan perkauman dan saya akan terang apa itu perkauman. Islam bersifat universal (‘alamiyyah). Agama islam ditutunkan oleh Allah SWT kepada seluruh umat islam tanpa membezakan bangsa dan warna kulit. Disamping itu, Islam tidak mengajar umat islam untuk taksub malah menganjurkan umat islam dan bukan umat islam tinggal ditanah air dengan keadaan aman dan bahagia. Malahan, menurut islam, keamanan negara berkaitan rapat dengan perpaduan ummah. Kita sebagai masyarakat perlu mempunyai sikap ingin menjaga kesejahteraan dan kemakmuran negara adalah menjadi tanggungjawab semua individu bagi sebuah negara. Perbezaan pendapat tidak boleh dijadikan satu alasan untuk membelakangi tanggungjawab menjaga keselamatan dan kemakmuran negara. Islam megariskan dua perkara ung berikut demi kebaikan negara:

•             Mengadakan usaha untuk mengukuhkan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.
•             Mengelakkan seberang perkara atau tindakan yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan negara.

Apabila masyarakat yang berbeza latar berlakang berinteraksi antara sama satu lain mungkin di tempat kerja, sekolah dan suasana sosial, perselisihan faham dan pertengkaran kecil mungkin akan berlaku. Apabila emosi tidak dapat kawal , maka konfik sedekimian boleh memburukan lagi kepercayaan, amalan agama serta budaya. Jika konfiik ini tidak diselesaikan dengan cara baikan akan terusnya berlaku pertikaian yang semakin rumit dan mampu memecah-belahkan kesejahteraan dalam kehidup masyarat.



Perkauman orang Cina masih tebal. Utusan Malaysia 10-May-2013




Kesimpulan bagi perkauman ialah, kita sebagai individu atau masyarakat perlu menjaga tingkah laku dari segi percakapan dan perbuatan kerana setiap perbuatan dan percakapan kita tidak semua individu boleh menerima. Contohnya, dari segi percakapan. Adab bercakap dengan kawan perlu menjaga percakapan dari segi Bahasa, malahan jika kita bercakap dengan kaum atau bangsa lain kita tidak boleh menghina agama mereka atau cara mereka berpakaian atau makanan, kerana ia boleh menyebabkan berlakunya salah faham dan boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan antara bangsa melayu dan bangsa lain. Seterusnya, kita sebagai individu perlu menjaga adab kita, kerana sekarang masyarakt tidak lagi mempunyai adab percakapan yang baik untuk bangsa lain, kita juga tidak mempunyai rasa hormat lagi terhadap orang tua.



Punca berlaku Masalah Negatif Perkauman

a. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris

       Disebabkan oleh dasar  “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British telah menyebabkan berlakunya rusuhan etnik di Tanah Melayu. Dasar yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan diamalkan oleh penjajah British menyebabkan wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga pola penempatan kaum. contohnya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan  kaum cina memiliki aset yang paling tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar bekerja  sebagai petani atau nelayan kecil. Manakala kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri. Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang.

            British mengamalkan dasar pecah dan perintah ini bertujuan untuk menyekat ketiga-tiga kaum ini daripada bersatu padu, British menyedari bahawa sekiranya tiga kaum utama ini bersatu maka akan menyebabkan kepentingan dan sumber ekonomi mereka akan terjejas. Masyarakat  melayu  terdiri  dari  petani  dan  nelayan  di  kampung, masyarakat  cina  pula  telah  mewarisi  perniagaan  secara  turun  temurun dan  tinggal  di  bandar  manakala  masyarakat  india  bekerja  sebagai penoreh getah  dan  tinggal  di  estet. Dasar  ini  telah  berjaya  direalisasikan  bagi mewujudkan  kelompok-kelompok  etnik  yang  berdasarkan  kegiatan ekonomi  yang  tinggal  dalam  kelompok  masing-masing.  Kesannya, interaksi  antara  kaum  hanya  terbatas  di  pasar  sahaja.  Ini melahirkan perasaan prasangka antara kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969.

         Keadaan seperti ini menyebabkan hubungan atau komunikasi antara kaum di Tanah Melayu menjadi terbatas suatu ketika dahulu. Bagi penjajah British keadaan seperti ini juga sudah memadai bagi mengukuhkan kedudukan serta mengekalkan kuasa mereka. Suasana yang tidak seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara telah mencapai kemerdekaan.

            Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu semakin melebar akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi tanpa menghiraukan ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam masyarakat Malaysia. Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan yang sedar akan keresahan dan perasaan tidak puas hati yang berlaku antara kaum tidak seyharusnya dibiarkan. Berikutan inilah lahirnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada tahun 1971 sebagai usaha untuk memulihkan keadaan. Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei.


Punca Berlakunya Isu Ekonomi Antara Kaum

Jurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia sering dikatakan akibat dasar pecah dan perintah (divide and rule) oleh penjajah Inggeris. . Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat sebarang usaha penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap penjajahan.penjajah inggeri bimbang apabila semua bangsa bersatu dan menentang segala pemerintahanya dan menolak sekeras keras undang-undang mereka.  Inggeris perlu mengekalkan penduduk peribumi di kampung-kampung serta mengekalkan aktiviti pertanian orang Melayu bagi memastikan bekalan makanan penduduk Tanah Melayu tidak terjejas. Tindakan membawa masuk pekerja asing adalah bagi mengelakkan penduduk pribumi meninggalkan aktiviti pertanian.penjajah inggeris mengaturkan setiap pekerjaan orang di tanah melayu dan mengimport pekerja asing untuk menlipatgandakan keuntungannya dengan membolot segala hasil di bumi tanah melayu pada ketika itu.Punca kesan dan perintah ini kita masih boleh lihat di Malaysia yang telah merdeka ini walaupun ada segilintir kaum melayu dan india yang telah berhijrah daripada bekerja buruh dan petani kepada pekerjaan yang lebih baik dan menjamin masa depan mereka.

Kesan Perkauman yang berlaku

Kedudukan yang tidak seimbang dari segi penguasaan ekonomi dalam kalangan kaum masih wujud akibat dasar pecah dan perintah yang dijalankan oleh british sebelum merdeka lagi. Kerajaan pula telah menjalankan strategi penyusunan semula masyarakat untuk selesaikan masalah ini melalui beberapa cara . Hal ini bertujuaan, untuk menggalakan kemajuan ekonomi semua golongan masyarakat supaya jurang perbezaan antara masyarakat bumiputera dan bukan bumiputera dapat dihapuskan. Kerajaan juga telah menjalankan pelbagai usaha dan strategi untuk memneri peluang kepada masyarakat Melayu dan bumiputera agar bergiat aktif dalam sektor ekonomi . Ia juga melibatkan pembangunan ekonomi dalam negara kita dilakukan dengan mengambil kira kedudukan masyarakat yang dilihat berperingkat agar lebih seimbang melalui dasar-dasar kerajaan dari dulu hingga sekarang.


Cara Penyelesaian

Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.

Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian.


Kesimpulan

MALAYSIA memiliki komposisi penduduk yang terdiri daripada kepelbagaian budaya dan bangsa. Hubungan harmoni yang terjalin sesama kaum ini akan memperkukuhkan lagi kedaulatan dan pembangunan negara.

Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan dan juga daya tarikan kepada pelabur asing untuk melabur di negara kita.
Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, agenda perpaduan sentiasa dititikberatkan kerana dengan bersatu hati kita dapat membina sebuah negara yang aman damai, sejahtera dan rakyatnya sentiasa mementingkan perpaduan dan negara aman, politiknya tidak huru-hara, serta ekonomi yang baik dan dapat menarik minat pelabur asing.

Tambahan pula, konsep 1Malaysia yang berasaskan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” juga menerangkan bahawa hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum merupakan kunci atau senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran supaya negara kita dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Secara umumnya, perasaan prasangka dan ketidakpuasan hati antara pelbagai etnik dalam sesebuah negara bukanlah suatu perkara asing. Persoalannya, bagaimana kita menangani isu ini secara berhemah agar kita dapat meluahkan perasaan hati tanpa menjejaskan keamanan dan keharmonian negara.













About

Majalah Cahaya merupakan laman majalah tentang Hubungan Sesama Manusia dan isu- isu Kontemporari. Utama laman ini adalah memberikan informasi untuk masyarakat menggunakan maklumat berdasarkan laman ini untuk menambah wawasan hidup